Zahirah Radzi Bercinta Dalam Diam Dengan Hafiz

on 09 September 2012


Zahirah Radzi berjaya dihidu ramai apabila dilihat bersama-sama di majlis-majlis, ditambah pula beberapa kepingan gambar sebagai bukti perkenalan. Tetapi baru-baru ini, dengan berita bahawa hubungan yang baru setahun usia itu sudah tiada lagi.

Tuan empunya diri terkejut dengan perpisahan tersebut. Kesempatan bertemu Ira atau nama penuhnya Zahirah Radzi beberapa hari yang lalu digunakan sebaiknya bagi mendapatkan cerita sebenar.

Gadis yang berusia 27 tahun itu kini mengakui mereka tidak lagi bersama sejak sambutan Hari Raya beberapa minggu lepas. Ketika itu, Hafiz berada di kampung halamannya di Sarawak.

Saat ditanya jika perbezaan usia 5 tahun menjadi faktor utama perpisahan mereka, jawab Ira, 

"Saya terfikir juga apa silap saya. Mungkin sebab tiada jodoh, mungkin sebab usianya masih muda."

Ataupun adakah disebabkan kehadiran orang ke-3 kerana ada sumber menyampaikan cerita ternampak Hafiz bermesra dengan seorang penyanyi muda? Ira cuma memberitahu, "Kalau betul ada orang lain, saya doakan mereka bahagia. Biarlah orang yang menilai."

Bila diasak lagi dengan beberapa pertanyaan tentang kebenaran disebalik kata-kata mendakwa Hafiz seorang yang panas baran, katanya ringkas, "No komen." 

Selepas ini, persepsi masyarakat mungkin melihatnya sebagai ingin menumpang glamor Hafiz bila berkongsi cerita perpisahan mereka. Tetapi, ulas Ira, silaplah mereka yang berfikiran sebegitu.

"Masa kami bersama, saya tak sekali pun pernah keluarkan apa-apa kenyataan. Kecuali keluarga, tiada seorang yang tahu apa perhubungan kami. Saya pun tak tahu macam mana peminat boleh dapat tahu."

Meskipun sudah tidak bersama, perasaan sayang itu tidak turut lesap sekali, apatah lagi perpisahan tersebut baru berlaku. 

"Dia seorang yang baik sebenarnya. Sayang tu sayang tapi sebagai kawan. Cukuplah." Dan jika ditakdirkan jodoh mereka bersama? "Jodoh, ajal, maut di tangan Tuhan. Saya tak berani nak cakap.

"Lepas dia balik dari beraya di Sarawak, kita pernah berjumpa sekali sebab saya ada kirim dia belikan kek lapis. Tapi kami tak sentuh pun pasal apa yang berlaku.

"Buat Hafiz, teruskanlah dengan kerjaya seninya, jangan berputus asa serta jan terpengaruh dengan mereka yang berbaik dengan kita," kata Ira mengakhiri perbualan.

Ranking: 5

{ 0 Comments... read them below or add one }

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved