Rita Rudaini Komen Isu Kehamilan Ayu Raudhah Twitter

on 07 September 2012



Beberapa hari lalu, Ayu Raudhah tampil dalam Utusan Malaysia bercerita mengenai pengalaman keguguran kandungan yang dialami sekitar Oktober 2011 yang lalu.

Ayu Raudhah berkata mungkin kerana beliau bekerja terlalu keras dan sebab itulah keguguran itu berlaku — kini beliau ingin berehat untuk berusaha menghasilkan zuriat.

Lain pula ceritanya dengan Rita Rudaini yang meluahkan perasaan beliau terhadap apa yang berlaku ke atas Ayu Raudhah — dan menganggap semua itu sebagai balasan Tuhan.


“Baru rasakan bagaimana perasaan terganggu ketika pregnant. Macam itulah rasa masa pregnant apa yang kau buat dahulu. Allah Itu Maha Adil,” tulis Rita Rudaini kelmarin.

Tulisan Rita Rudaini itu sebenarnya disambut oleh suami Ayu Raudhah, Zaquan Adha juga melalui Twitter dengan mengatakan pelakon tersebut kini sudah mula meroyan.
Ranking: 5

{ 2 Comments... read them below or add one }

Unknown mengatakan...

Usah bermusuhan & doakan yg terbaik utk semua. Itu lebih baik .. =)

www.anastasyea.com


7 September 2012 pukul 14.48
THE AUTHOR mengatakan...

Rita ni memang mulut laser....hehehe


9 September 2012 pukul 14.38

Posting Komentar

 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved