Hasrat seorang pegawai
kanan polis yang ingin bermadu kasih bersama kekasih gelapnya yang juga
isteri seorang pegawai polis musnah setelah dia diserbu Bahagian
Tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Difahamkan, serbuan yang dilakukan bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis tersebut juga mendapati suspek positif dadah setelah membuat saringan ujian air kencing ke atasnya.
Ujian sama juga dilakukan kepada teman wanitanya itu, namun disahkan negatif dadah.
Sementara itu, Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Zull Aznam Haron sewaktu dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.
Menurutnya, suspek berpangkat Inspektor di Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar itu kini direman polis untuk tindakan selanjutnya.
{ 1 Comments... read them below or add one }
Malunya...
Berzina dgn bini org lagi....
9 September 2012 pukul 23.34
Posting Komentar