Tampilkan postingan dengan label segmen. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label segmen. Tampilkan semua postingan

Jom skodeng blogger lain!!

on 26 April 2011

Assalamualaikun & salam sejahtera.


YiiihaaaaH!!!... Korang tau tak hari ni 1st paper exam saya untuk semester ni. Baru habis petang tadi. huhu. Alhamdulillah rasa tak teruk sangat macam yang disangka. Ok lah.. hihi. Esok takde exam, lusa baru sambung untuk subjek lain pula. Malam ni layan blog kejap. Kesian pula belog ni kalau tak diupdate tuk hari ni.

Tapiiii... saya tak tau nak buat entri pasal apa malam ni. Idea masih tak nak keluar. Malu kot. Nasib baiklah ada seorang budak comel yang baik hati tu tolong tag saya dalam entri dia. Nak tau siapa? Klik la kat perkataan 'budak comel' tu. Boleh berkenalan dengan dia nanti.

Sebenarnya entri yang saya maksudkan tu adalah segmen dari sorang blogger lain. Tajuk segmen tu 'Jom skodeng blogger lain!!'. huhu. Tak baik skodeng-skodeng ni kan. Dosa tau..

Ehh!!... Bukan skodeng yang tu lah. Sekodeng blog member2 lain la bai. Kuningnya otak... hihi..

Ok la. syaratnya senang je. Cuma perlu letak header macam yang kat atas tu dalam entri korang dan tag 5 blog yang sering korang kunjungi. Ajak la diorang tu untuk join sama segmen ni. Baru Meriah kan walaupun takde hadiah.

So... 5 Blogger yang saya pilih ialah:


Kalau sudi join la segmen ni ya... Support Malaysian Blogger..^^

Wassalam~

Segmen The Garang - Zaman Paling Best Bagi Aku

on 24 April 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Rajinnya saya nak join segmen di masa-masa nak dekat exam ni. Sempat lagi padahal esok dah exam ni. Tak pe study smart not study hard. hehe. Smart la sangat. Kalau result dah keluar nanti jangan menyesal pula sudah.

Ok2... Jangan buang masa nak membebel pula. Masa tu emas bukan besi buruk. Terus kepada segmen ni, mula-mula tepek dulu header blog garang ni.


Garang sangat ke owner blog ni. Saya lagi garang kot. Hiyarrhhh!!.. garang kan..kan2.. Hehe.. Lepas tu cerita pasal zaman paling best korang. Ce cite.. ce cite... Bagi saya la, zaman paling best dalam hidup saya setakat ni ialah zaman muda-muda dulu. Sekarang ni dah tua dah. 
 
Masa yang saya maksudkan tu ialah lepas habis SPM dulu. Cuti lama down masa tu. Tiga bulan kot. Agak bosan jugak la. Duk rumah je habiskan beras. haha. Masa dah nak keluar result SPM tu agak gementar jugak la. Kecuttt!!.. hehe. Bila dah keluar tu Alhamdulillah lulus la juga. Lepas tu dapat tawaran masuk Matrikulasi. Memang gembira masa tu. Rasa nak nangis tapi malu. Masa dah masuk kat matrik tu memang best juga. Maklumlah pertama kali belajar kat oversea. haha. 

Kolej Matrikulasi Labuan

Suasana kat Matrik labuan yang dirindui
Kat matrik Labuan je pun. lebih-lebih pula ko ekk.. Lempang kang!!.. Masa kat Matrik tu macam-macam pengalaman baru yang saya dapat. kawan-kawan baru pun ramai. Masa tu la baru saya ada kawan dari kaun cina, Iban, Melayu dam macam-macam lagi. Kat sekolah dulu tak pernah pun ada kawan dari kaun selain kaum bumiputera Sabah. Best juga berkawan ngan dorang ni. Selama 1 tahun saya belajar kat sana. Memang best!!.. Rindu nak balik belajar sana lagi. Nak baiki pointer yang agak teruk tu. Nasib baik dapat la juga sambung belajar kat Universiti. Tu la malas belajar.. Padan muka!!...


Wassalam~

BEN ASHAARI CARI BLOG LAH!

on 23 April 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Header baru blog Ben Ashaari.. Lawa kan!.
Hah!.. Masa yang ditunggu-tunggu sudah menjelma. Akhirnya Bro Ben Ashaari buat segmen pun setelah hampir seminggu tak buat segmen. Walau suasana agak genting sekarang ni sebab exam dah dekat tapi saya sempat curi-curi sedikit masa untuk siapkan entri pasal segmen Bro Ben Ashaari ni. Tajuk kali ni ialah 'Ben Ashaari cari Blog lah!'. Segmen ni tak la susah sangat pun. Hanya perlu siapkan entri panjangnya lebih kurang 100 patah perkataan dan perlu ceritakan tentang siapa yang mempengaruhi anda untuk membuat blog dan siapa sumber inspirasi anda. lagi satu mestilah dalam 4 perenggan.

Ketika mula-mula mengenali dunia blog ini, saya hanya memainkan watak sebagai seorang pembaca blog dan tidak mempunyai blog pada masa itu. Lagipun saya tak tahu macam mana nak menghasilkan blog apatah lagi untuk menulis dalam blog. Blog pertama yang saya kerap singgah untuk mencari maklumat atau informasi baru ialah blog JomPHP. Blog ini banyak menyajikan maklumat mengenai software serta hardware terkini yang ada di pasaran serta tutorial penyelenggaraan komputer atau laptop.

Sebenarnya blog JomPHP ini jugalah yang banyak mempengaruhi saya untuk menghasilkan blog sendiri. Saya amat cemburu dengan blog tu dan terdetiklah di hati saya untuk memiliki blog sendiri. Masa mula-mula menghasilkan blog, saya banyak merujuk tutorial yang ada disediakan di dalam blog JomPHP untuk mencantikkan lagi blog saya.

Soalan kedua pula, siapa yang menjadi inspirasi saya untuk terus berblogging? Orang tu ialah cik yuyu Zulaikha. Saya sering datang menjenguk blog yuyu untuk memantapkan lagi teknik penulisan dan  mencari idea-idea baru. Bukan nak copy-paste entri yuyu Zulaikha tau.

P/s: Ok dah siap pun entri untuk segmen Bro Ben Ashaari ni. Kalau korang nak join boleh datang SINI.


Memang berbaloi ikut segmen Bro Ben Ashaari ni. Tak Caye??.. Tengok SINI.

Jangan lupa klik SINI juga. (Entri terbaru)

Wassalam~

BEN ASHAARI GEGAR LAGI

on 16 April 2011





Kalau nak join klik SINI.

BEN ASHAARI AJAK JADI BUDAK BUDAK SAT!

on 15 April 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Haa!!.. Hari ini saya nak join segmen Bro Ben Ashaari. Jom la join sekali. klik sini.


Seperti biasa, kena letak header blog Ben Ashaari dulu. Jangan lupa ya.

Ni dia...


Soalan pertama, apakah karektor kartun yang paling korang suka?..
Hmmm... Karektor kartun?.. Masa kecil-kecil dulu selalu juga tengok kartun... Sekarang ni jarang-jarang... Kadang-kadang tak tengok pun. ok la, saya pilih Doraemon. Sebabnya dia ada poket sakti. Macam-macam benda dia boleh keluarkan dari poket dia tu. Kalau poket macam tu ada kat dunia realiti kan best!!... Tak payah buat kerja susah-susah. Nak siapkan kerja rumah pun senang sja. Macam Nobita tu, selalu mintak tolong macam-macam dengan Doraemon. haha

Ni la dia Doraemon tu. Yang tengah baring kat atas badan dia tu kawan-kawan dia la. Nobita, Sizuka, Gian & Sunio.. Best2!!

Doraemon si kucing comel... Penakut bila jumpa tikus.. haha
Untuk karektor kartun yang saya tak suka pula ialah Coyote. Kenal tak??... Kartun ni dah lama dah. Selalu tengok masa sekolah rendah dulu. Tajuk kartun ni pun dah tak ingat. Cayote and Road Runner kot. Ni gambar dia:
Coyote & Road Runner

Coyote tu watak jahat. Selalu nak tangkap si Road runner ni tapi malangnya rancangan dia selalu juga tak menjadi.. Macam-macam la dia dah buat tapi mesti dia yang akan kena jerat dia sendiri...haha.. Padan muka!!... 

Nak tengok kartun dia tak??.. 






Soalan terakhir yang Bro Ben Ashaari suruh jawab ialah pasal superhero yang korang nak jadi??.. haha..

Ok2... Jika aku superhero, aku nak jadi Spiderman... Sebabnya saya tak suka tengok Batman dan Superman... lagipun tu saja superhero yang saya tahu.. haha... Spiderman ni saya suka sebab kostume/pakaian yang dia pakai tu lawa. Boleh lompat-lompat bangunan dan gagah pula tu... Yang paling penting orang labah-labah ni tak pakai spender kat luar macam Superman & batman tu... hehehe...
Orang Labah-labah (Spiderman)
Pakai spender kat luar??.. haha

Ok... Dah siap pun entri untuk segmen Bro Ben Ashaari ni... Korang bila lagi nak join segmen ni.. Hari ini saja tau. Malam ni dah tutup... Cepat2..!!

Wassalam~







































































 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved