Assalamualaikum & salam sejahtera
Sebenar entri kali ini saya nak kongsi pengalaman saya semasa minggu peperiksaan semester lepas. Semester ni tak habis lagi examnya. Ada satu subjek lagi tak selesai. Itu pun subjek elektif bukannya subjek teras. Walaupun begitu tak boleh juga diambil mudah. Nanti subjek yang sepatutnya skor untuk dapat A tak dapat pula. Tak ka rugi tu namanya. Setidak-tidaknya boleh la membantu untuk naikkan pointer walaupun jumlah jam kredit tak sebanyak jika dibandingkan dengan subjek teras.
Sekadar gambar hiasan.. |
Ok.. Berbalik pada tajuk entri kali ini, saya nak cerita pasal pengalaman saya menjalani peperiksaan dalam keadaan tengah sakit pada peperiksaan akhir semester lepas. huhu. Ni la akibatnya kalau tak jaga pemakanan masa nak dekat peperiksaan. Kan dah kena. Pointer pun agak terjejas sebab tak dapat nak fokus masa exam tu. (alasan jer) hehe.
Ceritanya bermula macam ni, bila dah dekat exam tu saya tak kesah pasal pun pemakanan ni. Main bedal je. Pegi kedai mamak order la Bihun goreng. huhu. Bihun goreng ni memang salah satu kegemaran saya masa dulu-dulu. Sekarang dah fobia nak makan. Dah blacklist dari makanan kegemaran dah. Ni semua sebab peristiwa ni la. Masa dah habis makan tu kitorang balik rumah la. Kira-kira nak balik untuk study hard la konon. Padahal tinggal sehari je lagi nak final exam. huhu. Study last minit. Lepas dah sampai rumah kitorang buat la study group supaya senang nak faham. lama juga la kami study malam tu. Sampai ke pagi.
wah!!... Sedap kan Bihun nie. huhu |
Masa kira-kira pukul 3 kot saya dah rasa tak sedap badan. huhu. Dah mula keluar masuk tandas. Masa tu juga saya pening kepala dan rasa nak demam. Apa lagi terus tak jadi nak study. Tudurrr. Padan muka tu la study last minit. Esoknya pukul 2 petang dah kena jawab paper exam. tak sempat study habis. Arrrrhhh. Tekanan betul masa tu. Tapi exam kena datang juga walaupun tengah sakit. Dekat seminggu juga la dugaan tu saya terpaksa hadapi. Dengan nak memikirkan pasal exam lagi. huhu. Hanya tuhan saja yang tahu. Mungkin ni la pengajaran tuhan nak bagi sebab study last minit. Memang seksa. Lagi-lagi jadual exam masa tu memang padat. Ada sehari tu 2 subjek kena jawab exam, pagi dan malam.
Kesimpulannya, nasihat untuk korang semua, kalau nak dekat-dekat exam tu jagalah kesihatan dan pemakanan. Kalau dah kena tu memang seksa la jawabnya. Nak fokus untuk exam pun susah. Lagi satu jangan study last minit. Kalau apa-apa terjadi macam sakit ka memang tak dapat nak tolong la. huhu
p/s: Kepada yang tak habis exam macam saya tu, saya nak ucap selamat berjaya ya. Buat yang terbaek!!!...
Wassalam~
{ 2 Comments... read them below or add one }
kenapa ek asal masuk sini je mesti berkumandang lagu 'cerita kedai kopi' dlm otak
kena psiko dgn tuan punye blog kot hehe :P
klau exam kan mesti tibe2 nak jatuh sakit.
masa ade klas panjang2 tu x nak plak kan
Alhamdulillah selama ni x pnh lagi skadar tgk org skeliling je kena, kesian
2 Mei 2011 pukul 02.30
@AimiBakar
Haha... tu la sebabnya sy tak letak lagu dalam blog ni.. hehe
Apa boleh buat dah tuhan nak uji kita. Tak kira masa hanya dia yang tahu. Pasti ada hikmahnya.^^y
2 Mei 2011 pukul 02.35
Posting Komentar