Tampilkan postingan dengan label Malaysia. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Malaysia. Tampilkan semua postingan

FILEM APPALAM ARAHAN AFDLIN MENANG FILEM TERBAIK INDIA 2012

on 18 Januari 2012

FILEM TAMIL PERTAMA AFDLIN, APPALAM DIIKTIRAF MELALUI FESTIVAL FILEM INDIA MALAYSIA 2012 SETELAH MENANG FILEM TERBAIK 2012

Assalamualaikum & salam sejahtera

FILEM PERTAMA ARAHAN AFDLIN SHAUKI MENANG ANUGERAH FILEM TAMIL TERBAIK 2012

Pengarah filem Afdlin Shauki berasa bangga dan dihargai apabila filem pertamanya dalam bahasa Tamil, "Appalam" telah diangkat sebagai Filem Terbaik di Festival Filem India Malaysia yang julung kali diadakan baru-baru ini.

Diadaptasi daripada filem bahasa Melayu berjudul "Papadom" yang turut diarah olehnya, "Appalam" mengalahkan sembilan filem Tamil lain antaranya adalah "Undercover Rascals", "Uttrachai Kali", "Aathma", "Ethirkaalam", "Aandal", "Uruvam", "Panjamuni" dan "Yantra".

Kejayaan di festival filem yang diadakan di Chennai, India pada 9 sehingga 12 Januari 2012 ini merupakan yang terbesar dalam karier Afdlin selaku pengarah dan juga Tayangan Unggul Sdn. Bhd. Selaku penerbit dan pengedar filem.


Menampilkan pelakon yang terdiri daripada Gana Pragasam, Raja Ilya, Jaclyn Victor, Haani Shivraj, Shashitharan, Sharifah Amani, Vassantha Kumaran, Iman Wan, Sathia, Gunseh, Maimon Talib dan Afdlin sendiri, filem ini mengisahkan seorang ayah yang sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan keselamatan anak perempuannya terjaga.

Sashitharan turut memenangi Pelakon Lelaki Terbaik tetapi bukan untuk filem "Appalam", sebaliknya untuk filemnya yang lain, "Aathma".

Wassalam~


 
Derma [LIKE] Anda!


Sumber: yahoo.com

CINTA KURA KURA SELIT ELEMEN 3D | FILEM TERBITAN KRU STUDIOS

FILEM CINTA KURA KURA SELIT ELEMENT 3D | KRU STUDIOS PERKENAL TEKNOLOGI 3 DIMENSI DALAM FILEM TERBITAN TERBARUNYA | FILEM ARAHAN NIZAM ZAKARIA

Assalamualaikum & salam sejahtera

CINTA KURA KURA VERSI 3D

KRU Studios meneruskan tradisi untuk memberikan kelainan kepada industri perfileman apabila menyelitkan elemen tiga dimensi (3D) dalam filem fantasi romantik komedi terbaru, "Cinta Kura-Kura".

Diterajui oleh Tiz Zaqyah dan Aeril Zafrel, filem ini merupakan filem pertama arahan Nizam Zakaria.

Menurut Eksekutif Presiden KRU Studios merangkap Penerbit Eksekutif filem ini, Norman Abdul Halim memberitahu pihak mereka sentiasa mencari dan mengetengahkan bakat-bakat baru tidak kira bidang seperti penulisan skrip, pengarahan, lakonan dan juga nyanyian.

"Walaupun Nizam pernah mengarah beberapa program televisyen, bakatnya lebih menyerlah untuk filem bercorak seperti "Cinta Kura-Kura" dan kami yakin penonton akan terhibur dengan filem ini."

Malah Nizam turut terharu dengan kepercayaan dan pelaburan yang diberikan oleh pihak KRU Studios untuk filem pertamanya ini.

"Saya ingin berterima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk mengarah filem unik sebegini yang saya pasti akan menyumbangkan kepada kepelbagaian genre dalam industri perfileman tempatan."

Filem kesepuluh terbitan KRU Studios ini juga buat julung kalinya menampilkan teknologi penjanaan imej berkomputer (CGI) untuk animasi karakter bagi watak Nico (lakonan Zizan Raja Lawak), Mira (Fara Fauzana) dan Atuk (Shy8).

"Cinta Kura-Kura" mengisahkan tentang seorang gadis ceria bernama Nani lakonan Tiz Zaqyah bersama binatang peliharaannya iaitu kura-kura bernama Nico. Kisah romantik komedi ini bermula disaat Nani berpindah ke rumah abangnya, Amin (Bob AF). Jiran Nani, Adam lakonan Airel Zafrel telah jatuh hati dengan Nani sejak kali pertama dia memandangnya. Walaubagaimanapun Nico mempunyai calon pilihannya sendiri sebagai teman hidup Nani iaitu Fazli (lakonan Fizz Fairuz), seorang pemilik kedai binatang peliharaan yang mempunyai agendanya tersendiri.



Trailer Filem CINTA KURA KURA 3D







SINOPSIS PENUH FILEM CINTA KURA KURA 3D:

Filem ni mengisahkan Nani seorang gadis ceria (lakonan Tizz), dia berusia 21 tahun, Nani ada seekor binatang peliharaan bernama Nico seeokr kura kura yang species nya terancam. Nico ni pulak ada kelebihan buleh bercakap dgn manusia..heheh!! pulak dah.. Nani ni baru pindah le umah abang dia dan berjiran le pulak dengan Adam (lakonan Aeril Zafril) .
Adam ni jatuh cinta le dengan Nani sejak kali pertama memandang..kes cinta pandang pertama le ni..malangnya Nico kura kura kesayangan Nani tak suka di Adam. Nico merancang mensabotaj hubungan Nani dan Adam dari menjadi rapat. Zizan raja lawak la jadi suara si Nico.
Dalam masa yang sama, Nico mempunyai calon kegemarannya sendiri iaitu Fadzly, seorang pengurus kedai haiwan untuk berpacaran dengan Nani. Walaubagaimanapun, Fadzly mempunyai motif jahat untuk mendekati Nani bertujuan untuk menculik Nico dan dijual ke sebuah restoran sebagai makanan eksotik.



Wassalam~






 
Derma [LIKE] Anda!


KASUT PINTAR ADIDAS PERTAMA DUNIA | ADIZERO F50

on 16 Januari 2012

ADIDAS MALAYSIA PERTONTON KASUT BOLA SEPAK PINTAR PERTAMA DI DUNIA | ADIZERO F50 LIONEL MESSI 2012

Assalamualaikum & salam sejahtera


Adidas Malaysia Sdn Bhd mempertontonkan kasut bola sepak pintar pertama di dunia, 'adizero F50' yang dilengkapi peranti pintar dikenali sebagai 'miCoach Speed Cell', yang membolehkan pemain bola sepak merekodkan kepantasan, jarak yang diliputi dan kadar kerja dalam perlawanan atau sesi latihan.

Pelancaran kasut itu, yang diberi jolokan 'kasut dilengkapi minda' peringkat global diadakan di United Kingdom pada November tahun lepas oleh pemain terkemuka dari Argentina, Lionel Messi.


Pengurus Pemasaran Jenama dan Sukan Adidas Malaysia Bryan Gee berkata kasut itu adalah yang paling ringan dalam kelasnya, dengan berat hanya 165g, namun paling pintar yang pernah dihasilkan oleh syarikat pengeluar kelengkapan sukan itu.

"miCoach menjadikan kasut ini sebagai alat latihan digital paling maju yang membolehkan pemain bola sepak mengesan dan memuat naik data prestasi mereka termasuk kepantasan, jumlah pecutan, jarak dan jarak pada tahap intensiti tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran kasut berkenaan di Pusat Sukan NPNG di Damansara Damai, dekat sini.

Turut hadir ialah pasukan Harimau Muda A dan jurulatih mereka, Ong Kim Swee. Gee berkata miCoach dilengkapi alat pengesan yang boleh ditanggalkan di bahagian dalam kasut yang membolehkan pengguna memindahkan semua maklumat semasa perlawanan bola sepak dan sesi latihan ke komputer, telefon pintar atau tablet mereka menerusi teknologi Bluetooth binaan dalam.

Beliau berkata peranti berkenaan, dengan saiz sebesar pemacu pena, diletakkan di dalam tapak kasut itu, yang juga boleh digunakan dalam kasut lain keluaran Adidas, misalnya bagi sukan bola keranjang dan larian.

Kasut yang dilengkapi dengan miCoach kini boleh didapati di semua kedai Adidas Sports Performance yang mengambil bahagian dan menawarkan lima pilihan warna pada harga RM780 sepasang.

Peranti 'miCoach' yang terdiri daripada Speed Cell dan peranti pintar dongle turut dijual berasingan dan boleh dibeli pada harga RM299 bagi platform iPod dan iPhone serta RM260 bagi platform komputer peribadi serta Mac.

Jom layan iklan komersial Adidas ADIZERO F50 - LIONEL MESSI 2012













Wassalam~







 
Derma [LIKE] Anda!



Sumber: Bernama

PEMINAT RANDID PANGALILA KUTUK ELFIRA LOY

PEMINAT RANDID PANGALILA KUTUK ELFIRA LOY MELALUI TWITTER DAN FACEBOOK | CERITA ARTIS MALAYSIA DAN INDONESIA

Assalamualaikum & salam sejahtera

ELFIRA LOY TERIMA KUTUKAN DARI PEMINAT RANDID

Elfira Loy tidak kecewa apabila ramai peminat pelakon popular Indonesia, Randid Pangalila mengutuknya menerusi laman sosial seperti Twitter dan Facebook gara-gara gandingan mereka dalam drama Biar Mimpi Sampai Ke Bintang yang disiarkan baru-baru ini.

Elfira, 17, berkata, dia tidak melenting dengan perkara itu kerana telah menjangkakan ia akan berlaku kerana Randid adalah pelakon popular dan ramai peminat.

"Saya hanya ketawa apabila mengetahui ramai peminat Randid mengutuk saya di laman sosial dan sudah mengagak perkara tersebut akan terjadi.
"Kami hanya berlakon dalam satu drama dan tidak ada apa-apa berlaku di antara kami," ujarnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Elfira berkata, perkara tersebut berlaku kerana lakonan mereka dalam drama arahan Michael Ang itu mendapat sambutan hangat sehingga diulang tayang sebanyak beberapa kali di saluran Astro Ria.

Tambahnya, adegan romantik antara mereka juga mungkin menyebabkan peminat pelakon yang popular dengan siri Nada Cinta itu berang terhadapnya.
"Saya memandang positif terhadap apa-apa juga perkara negatif yang diperkatakan mengenai saya dan tidak mahu mengambil serius mengenai perkara itu," ujarnya.

Dalam pada itu, Elfira berkata, perhatian yang diberikan oleh peminat Randid terhadapnya adalah sebagai tanda kehadirannya sebagai pelakon telah disedari oleh masyarakat.

Selain Elfira dan Randid, telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang turut dibintangi oleh Sharifah Shahora, Didie Alias dan Sharikah Sakinah.
Wassalam~


 
Derma [LIKE] Anda!



Sumber: MStar

PELAJAR GUNA FACEBOOK UGUT LETUP HELIKOPTER NAJIB

on 15 Januari 2012

PELAJAR UGUT LETUPKAN HELIKOPTER PERDANA MENTERI | DATUK SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Assalamualaikum & salam sejahtera

PELAJAR USM UGUT PERDANA MENTERI
GEORGE TOWN: Seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) kampus kejuruteraan berusia 24 tahun ditahan untuk disoal siasat selepas mengeluarkan kenyataan berunsur ugutan untuk meletakkan bom dalam helikopter yang dinaiki Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Facebooknya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, pelajar terbabit dibawa ke ibu pejabat polis daerah di Jalan Patani untuk soal siasat pada pukul 1.30 petang, Ahad.

"Kes itu disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. Pelajar tersebut ditahan di kampusnya di Nibong Tebal.

"Kes itu masih dalam siasatan lanjut. Kami akan mengumumkan jika terdapat sebarang perkembangan," katanya ketika dihubungi, Ahad.

Satu laporan polis dibuat di balai polis Jelutong terhadap kenyataan dalam sebuah blog yang memaparkan profil Facebook pelajar itu.

Dalam status terbaru dalam profil Facebook itu menyatakan,

Najib akan turun ke kampus...mari bom helikopter tersebut...


Wassalam~



 
Derma [LIKE] Anda!



Sumber: MStar & BHarian

ADIRA TOLAK TUDUHAN DIRINYA SEORANG LESBIAN

ADIRA TOLAK TUDUHAN TENTANG DIRINYA SEORANG LESBIAN | GOSIP MELAMPAU ARTIS MALAYSIA 2012

Assalamualaikum & salam sejahtera

Adira Tolak Dakwaan Dirinya LESBIAN

PETALING JAYA: Penyanyi Adira (AF8) memohon agar masyarakat tidak memandang serong kepadanya susulan dakwaan terbaru yang mengatakan dia kembali menjalin hubungan songsang selepas putus cinta dengan penyanyi Hafiz (AF7), beberapa bulan lalu.

Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 22, berkata selepas apa yang dilaluinya pada tahun lalu, dia tidak mahu lagi mengenangkan semula dakwaan liar yang pernah dilemparkan sebelum ini.

“Gosip yang melampau itu adalah perkara lama dan saya tidak mahu mengingatinya semula. Ia sudah selesai.

“Saya tidak sangka pula dakwaan kononnya saya mengamalkan hubungan songsang itu kembali diperkatakan hingga timbul spekulasi bahawa ia menjadi punca hubungan saya dan Hafiz berkecai,” katanya.

Adira berkata kemunculan tahun 2012 ini mahu dimanfaatkannya untuk memantapkan lagi kerjaya seni dan bukan terus dihantui dengan gosip dan kontroversi yang menjejaskan reputasi.

“Sejujurnya, saya sangat sedih dan terkejut apabila gosip itu diperkatakan semula. Saya sangka apabila muncul tahun baru ini, perkara hitam itu sudah berakhir, malangnya ia terus menjadi bualan.

“Saya tidak pernah mengganggu atau menyusahkan hidup orang lain. Saya memohon agar cerita-cerita negatif ini dihentikan kerana ia mencemarkan reputasi saya dan keluarga,” katanya.

Ditanya mengenai reaksinya berkenaan dakwaan kononnya dia kembali menjalin hubungan songsang dengan individu yang dikenali sebagai Zack, Adira menegaskan dia masih lagi seorang perempuan sejati.
“Gosip ini sangat memalukan tetapi sebagai hak milik masyarakat saya perlu hadapinya.
"Sekali lagi saya tegaskan bahawa saya masih lagi perempuan sejati yang mempunyai perasaan terhadap lelaki,” katanya.

Menyentuh perkembangan kerjaya, anak bongsu dalam keluarga ini berkata klip video lagu ‘single’ terbarunya berjudul Sakura mula ditayangkan di Astro Ria pada malam Sabtu.

Selain sibuk memenuhi pelbagai undangan nyanyian, Adira juga sedang merakamkan lagu tema sebuah drama televisyen yang bakal ditayangkan pada pertengahan tahun ini.



Wassalam~


Sumber: mStar



 
Derma [LIKE] Anda!

TONTON DOKUMENTARI DATUK SITI NURHALIZA | BIOGRAFI ONLINE

DOKUMENTARI KHAS DATO' SITI NURHALIZA | BIOGRAFI TONTON ONLINE HISTORY CHANNEL ASTRO FULL VERSION 2012

Assalamualaikum & salam sejahtera

Dokumentari Khas Dato' Siti Nurhaliza Tarudin | History Channel

Berikut merupakan video eksklusif Dokumentari Khas Dato' Siti Nurhaliza Tarudin yang ditayangkan di Astro History Channel bersempena hari ulang tahun kelahirannya yang ke-33 baru-baru ini. Sememangnya kejayaan beliau dalam dalam industri hiburan tanah air dan antarabangsa amat membanggakan sehingga dapat menarik minat stesen penyiaran antarabangsa, History Channel untuk membuat dokumentari khas buat Siti Nurhaliza. Sebelum ini, antara artis Malaysia yang pernah mendapat peluang seperti Dato' Siti Nurhaliza ialah Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham Datuk Sudirman Arshad.

Sama-sama kita tonton dokumentari khas tersebut yang banyak menceritakan kisah-kisah suka dan duka perjalanan hidup Dato' Siti Nurhaliza sepanjang penglibatannya dalam bidang seni sehingga ke hari ini. Selamat Menonton~







Wassalam~



 
Derma [LIKE] Anda!

MALAYSIA PENGELUAR KONDOM TERBESAR DUNIA

on 14 Januari 2012

MALAYSIA PENGELUAR KONDOM UTAMA DUNIA | DAHULUNYA DIPEGANG OLEH NEGARA JIRAN, THAILAND

Assalamualaikum & salam sejahtera

MALAYSIA PENGELUAR KONDOM TERBESAR

NEW DELHI – Malaysia kini diambang menjadi pengeluar kondom utama di dunia pada tahun ini, dengan meninggalkan Thailand di belakang sebagai peneraju pasaran, demikian menurut Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC).

MREPC berkata Malaysia kini menguasai satu pertiga daripada pengeluaran dunia, yang dengan mudah melepasi paras satu bilion.

“Kita boleh menjadi pengeluar nombor satu dunia tahun ini berikutan banjir di Thailand. Angka pengeluaran tahun lepas boleh melepasi angka satu bilion kondom,” kata Pengarah Pemasaran dan Pembanguan majlis itu, Low Yoke Kiew kepada Bernama.

Pada 2010, Malaysia, pengeluar getah asli keempat terbesar dunia, telah mengeksport sarung kontraseptif bernilai hampir RM300 juta, iaitu hampir tiga kali nilai eksport pada 2005.

Pengeluar utama Asia – Thailand, China, India, Jepun dan Malaysia – terus membanjiri pasaran global dengan jumlah lebih 10 bilion keping, yang dijual di dalam pelbagai warna, walau pun di negara yang konservatif seperti India.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut menggalakkan pengguna kondom berikutan kesedaran terhadap kesihatan.

Di China, lebih dua bilion kondom dijual, di Jepun terjual 580 juta setahun manakala pengeluaran India telah melepasi satu bilion keping.
“Kondom Malaysia mendapat permintaan yang baik dan kompetitif. Kami kini banyak membekalkan kepada program PBB. Kita menjangka pertumbuhan yang baik bagi kesemua produk lateks kita tahun ini, yang termasuk kondom,” kata Low.

Pengeluar kondom bergantung kepada getah asli kerana lebih 90 peratus daripada sarung kontraseptif itu dibuat menggunakan lateks manakala usus biri-biri adalah satu lagi bahan yang digunakan di dalam industri itu.
Kondom getah yang pertama dikeluarkan pada 1855, yang mempunyai ketebalan tiub dalam tayar basikal tetapi perkembangan teknologi telah menjadikannya lebih murah, ringan nipis dan berpelincir. – BERNAMA



Wassalam~


 
Derma [LIKE] Anda!

Sumber: Bernama

TIKET KONSERT AWIE DAN ELLA DISABOTAJ!

on 13 Januari 2012

HANS ISAAC KESAL DAN TERKILAN TERHADAP PIHAK YANG CUBA MENSABOTAJ TIKET KONSERT BERSAMA AWIE DAN ELLA, RAJA DAN RATU ROCK TANAH AIR

Assalamualaikum & salam sejahtera

KUALA LUMPUR: Pelakon, Hans Isaac berasa terkilan apabila ada pihak cuba mensabotaj konsert Awie dan Ella, Raja dan Ratu Malaysia anjurannya di bawah produksi Tall Order Productions (TOP) dengan menempah jumlah tiket yang banyak, tetapi tidak membuat tuntutan sehingga menyebabkan kerugian.

Hans berkata, pihaknya mengesan terdapat individu sengaja menempah sebanyak 100 hingga 200 tiket konsert agar orang luar akan menganggap tiket sudah habis dijual.

"Setakat ini kami cuba mengesan siapa yang berbuat demikian. Ini kerana sebelum ini, terdapat projek terbitan kami juga disabotaj.

"Apabila keadaan sebegini berlaku, ia akan mengganggu penjualan tiket kerana orang ramai akan ingat tiket dah 'sold out'.

"Buat masa ini, saya tidak mahu menuduh sesiapa lagi kerana ia masih di dalam siasatan dan saya pun tak boleh nak pastikan siapa yang sanggup berbuat begitu," katanya yang ditemui selepas konsert tersebut di Istana Budaya, di sini, Khamis.

Tambah Hans, dia berharap, orang ramai tidak menganggap tiket konsert tersebut sudah habis dijual sebaliknya memberi jaminan, penonton tidak akan berasa rugi dengan nyanyian hebat Awie dan Ella.


Bagaimanapun, mengenai konsert tersebut, Hans berpuas hati dengan respons penonton yang begitu seronok dan berpuas hati dengan persembahan dua penyanyi rock itu.

"Nampaknya, percaturan saya menggandingkan Awie dan Ella dalam sebuah konsert ternyata berhasil. Masing-masing mempunyai kekuatan sendiri," katanya.

Konsert Raja dan Ratu Malaysia yang diadakan selama empat hari itu bermula pada 12 Januari 2012. Dalam konsert itu sebanyak enam persembahan akan diadakan oleh mereka.

Sementara itu, konsert dimulakan dengan nyanyian duet lagu Baldu Biru diikuti dengan persembahan bergilir oleh kedua penyanyi berkenaan yang antaranya ialah 1570, Teruja, Funky Monyet, Ala Amerika, dan Dua Insan.

Bukan sahaja persembahan Awie dan Ella yang menarik perhatian ramai, bahkan pentas yang berkonsepkan 'ala futuristik' turut membuatkan penonton terpesona dengan rekaannya yang sederhana tetapi menarik.
Pentas dewan Panggung Sari terus berubah menjadi pentas rock apabila masing-masing lincah beraksi lebih-lebih lagi dengan persembahan gaya manja Ella dan lawak spontan Awie, membuatkan kedua-dua mereka nampak bersahaja.

Ternyata para penonton begitu terhibur dengan persembahan mereka sehinggakan ada yang berdiri dan menari di tepi tempat duduk mereka.

Selain itu, antara lagu-lagu hit yang dibawakan sepanjang dua jam konsert berlangsung ialah Seribu Tahun, Malam Ini, Menyanyi Lalala, Tingal Satu Peluru, Layar Impian, Tragedi Oktober, Permata Biru dan Bernafas Dalam Lumpur.

Pemuzik, Edrie Hashim mengetuai persembahan pada malam itu di samping Ujang Exists (drum), Ujang (gitar), Fly (bass), Amir Feerza (percussion), Kudin dan Jason Voo (keyboard).

Tiket untuk Raja dan Ratu Rock Malaysia telah pun mula dijual pada 14 Disember dengan harga dari RM40 hingga RM450 dan tempahan tiket boleh dibuat melalui www.TICKET2U.BIZ atau boleh menghubungi 03-4147 8600.
Wassalam~




 
Derma [LIKE] Anda!



Sumber: mStar

PROMOSI TIKET AIRASIA | POTONGAN HARGA 20%

on 11 Januari 2012

AIRASIA SEDANG MENJALANKAN PROMOSI TIKET 20 PERATUS POTONGAN HARGA UNTUK LEBIH 168 PENERBANGAN SELAMA 3 HARI | TEMPAH SEKARANG !

Assalamualaikum & salam sejahtera


Untuk para pelajar yang sedang menuntut di IPTA, tidak lama lagi cuti semester akan bermula. Sudahkan anda membeli tiket untuk pulang ke kampung? Buat pelajar-pelajar yang terpaksa pulang ke kampung dengan menggunakan perkhidmatan kapal terbang, di sini saya ingin kongsikan dengan anda info iaitu Airsia sedang menjalankan promosi potongan harga pada 20% untuk setiap tiket yang dibeli dari 11 hingga 13 Januari 2012. Tarikh penerbangan yang terlibat ialah dari 30 Januari sehingga 26 April 2012. Tunggu apa lagi ! jarang Airasia buat promosi macam ini. Tempah sekarang !





P/s: Buat iklan dah macam promoter Airasia dah.. hehe. Cuma nak berkongsi info. Tak salah kan?

Wassalam~



 
Derma [LIKE] Anda!

Video Siti Aminah Yang Comel [German+Malayu]

on 07 Januari 2012

Video Siti Aminah yang comel, anak kepada pelukis potret, Ismail Ariffin atau lebih dikenali dengan nama Lepat. Boleh bercakap bahasa melayu (Loghat Kedah) dan german 

Assalamualaikum & salam sejahtera
Siti Aminah Budak Comel




Wassalam~

Safee Sali Dipilih Skuad Impian Asia 2011

on 04 Januari 2012

Safee Sali dipilih dalam Skuad Impian Asia (Asian Dream Team) untuk tahun 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera

Safee Sali terpilih dalam skuad impian Asia 2011

Siapa sangka pemain bola sepak negara kita terpilih dalam skuad impian (Asian dream team 2011) kategori pemain senior Asia 2011. Safee Sali yang merupakan pemain berposisi penyerang di negara kita telah dipilih sebagai antara pemain impian Asia pada tahun lalu. Walaupun dia hanya dipilih sebagai pemain penyerang simpanan untuk skuad tersebut, kejayaannya menempah nama di pentas bola sepak Asia patut dibanggakan kerana kejayaan tersebut bukanlah senang untuk dicapai. Sementara itu, dua lagi pemain bola sepak muda negara Khairul Fahmi (Apek) dan Fadhli Shas dipilih sebagai skuad impian Asia 2011 untuk kategori pemain muda (bawah 23 tahun).




Berikut merupakan senarai penuh pemain yang dipilih dalam Skuad Impian (Dream Team) Asia untuk tahun 2011 yang dikeluarkan oleh lawam web Goal.com:



**Klik untuk besarkan gambar**
Asian Best XI for 2011

Skuad Utama:
Goalkeeper – Ali Al-Habsi (Wigan Athletic and Oman)
Right-back – Makoto Hasebe (VfL Wolfsburg and Japan)
Centre-back – Lee Jung-Soo (Al Sadd and South Korea)
Centre-back – Li Weifeng (Tianjin Teda and China)
Left-back – Yuto Nagatomo (Inter and Japan)
Right midfield – Park Ji-Sung (Manchester United and South Korea)
Centre midfield – Mojtaba Jabbari (Esteghlal and Iran)
Centre midfield – Server Djeparov (FC Seoul/Al Shabab and Uzbekistan)
Left midfield – Matt McKay (Brisbane Roar/Rangers and Australia)
Striker – Lee Dong-Gook (Jeonbuk Motors and South Korea)
Striker – Joshua Kennedy (Nagoya Grampus and Australia)

Skuad Simpanan:
Goalkeeper – Mark Schwarzer (AUS)
Defender – Hadi Aghily (IRN)
Midfielder – Ahmad Bustomi (IDN)
Midfielder – Shinji Kagawa (JPN)
Striker – Safee Sali (MAS) <<<<<<<----
Striker – Park Chu-Young (KOR)
Striker – Mike Havenaar (JPN)

Tahniah kepada Safee Sali, Khairul Fahmi (Apek) dan Fadhli Shas kerana terpilih dalam skuad impian (dream team) Asia 2011 dalam kategori pemain senior dan bawah 23 tahun Asia. Semoga lebih ramai lagi pemain negara kita yang akan menempah nama di pentas Asia dan mungkin suatu hari nanti di pentas dunia. InyaAllah~


Wassalam~


Sumber: Goal.com

Ariff Alfian Rosli, Pelajar Tajaan PETRONAS Kahwini Teman Lelaki

on 16 Desember 2011

Pelajar tajaan Petronas, Ariff Alfian Rosli kahwin dengan kaum sejenis iaitu Jonathan di Dublin.

Assalamualaikum & salam sejahtera 
Ariff Alfian Rosli
Satu kenyataan dan gambar yang di’hantar ke Twitter oleh Aysha Ridzuan telah mencetuskan kontroversi kerana mendedahkan seorang pelajar Malaysia tajaan PETRONAS yang telah berkahwin.



Berkahwin bukan masalah, tetapi Ariff Alfian Rosli telah pun berkahwin dengan seorang lelaki yang dikhabarkan bernama Jonathan di Dublin, Ireland. Ariff Alfian Rosli yang sedang belajar di University College Dublin sebelum ini telah di’khabarkan hilang oleh ahli keluarga. Hilang dalam dunia gay.

P/s: Berita ini sangat memalukan negara dan agama.. Harap dia kan segera bertaubat.
Wassalam~

Kim Sun Ah dan Lee Dong Wook Datang Malaysia !

on 09 Desember 2011

Pelakon bintang Korea, Kim Sun Ah dan Lee Dong Wook datang Malaysia!


Assalamualaikum & salam sejahtera 


Lee Dong Wook
Pelakon bintang Korea, Kim Sun Ah dan Lee Dong Wook tiba di Malayisa hari ini (6Dec) untuk bertemu dengan peminat dan mempromosikan drama terbaru mereka yang bertajuk "Scent Of A Woman" yang akan mula ditayangkan di negara kita melalui saluran Astro Beyond's ONE HD.

Kedua-dua bintang pelakon Korea tersebut akan menghadiri sidang media di Mandarin Oriental Kuala Lumpur petang ini. Mengenai drama terbaru mereka, saluran Astro Beyond Channel 393 akan mula menayangkan drama "Scent Of A Women" bermula pada rabu pukul 9.05pm setiap minggu sehingga tamat 16 episod. 

Kim Sun Ah

Drama Korea: Scent Of A Woman


Title: 여인의 향기 / Yeoineui Hyanggi / Scent of A Woman
Chinese Title: 女人的香氣
Genre: Romance, Comedy
Episodes: 16

Synopsis:
A woman, Lee Yeon Jae, is given the grim prognosis that she only has a short time left to live. She decides to quit her job at a travel agency and live her life to the fullest.






P/s: Kepada peminat drama Korea jangan ketinggalan untuk menonton drama bergenre romantik dan komedi ini. Pasti best punya!




Wassalam~


Sumber: Yahoo.com

Pemain Sensasi Nazmi Faiz Menduduki SPM Tahun Depan

on 25 November 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera


Korang mesti kenal dengan Nazmi Faiz kan? Nama mamat ini terkenal selepas sama-sama membantu skuad Harimau Muda memenangi pingat emas dalam bola sepak Sukan SEA yang lepas. Walaupun Nazmi Faiz masih berumur  belasan tahun tapi bakatnya amat terserlah dan menjadi perhatian banyak pihak terutamanya persatuan bola sepak Malaysia. Dikhabarkan Nazmi Faiz sepatutnya menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini tetapi atas sebab terpilih dalam skuad bola sepak Sukan SEA yang lepas, dia terpaksa menunda untuk mengambil peperiksaan tersebut. Baca artikel di bawah untuk berita lanjut:

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Pemain paling muda dalam skuad Olimpik negara Muhd Nazmi Faiz Mansor akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan setelah tidak berbuat demikian tahun ini.

Demi bagi membantu skuad Harimau Muda beraksi di Temasya Sukan SEA Indonesia 2011 yang baru berakhir, pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) ini sanggup menangguh peperiksaan SPM yang sepatutnya didudukinya mulai 14 Nov lepas.

Pengorbanan pemain yang memakai jersi nombor 21 ini berbaloi apabila skuad Bawah 23 Tahun Negara berjaya meraih emas dengan menewaskan Indonesia.

Bapa Muhd Nazmi Faiz, Mansor Mustafa berharap anaknya bukan sahaja berjaya dalam arena bola sepak malah turut cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti.

"Saya bangga dengan kejayaan anak saya dalam sukan bola sepak namun pelajaran juga penting dalam menentukan masa depan beliau," kata peniaga berusia 40 tahun ini kepada Bernama Jumaat.

"Kami sekeluarga sentiasa memberi dorongan kepada Muhd Nazmi Faiz untuk maju dalam sukan bola sepak dan tidak pernah menghalang minat dan impiannya itu, jelas Mansor.

Beliau berkata walaupun anaknya seorang yang pendiam, dia adalah seorang yang berdisiplin dalam soal pengurusan masa dan bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara.

"Dalam membantu Muhd Nazmi Faiz membahagikan masa antara latihan dan pelajaran, saya serahkan perkara tersebut kepada guru-guru SSBJ kerana mereka tentu mempunyai formula terbaik dalam mengatur jadual harian pelajar mereka," katanya.

-- BERNAMA 


Wassalam~

Biodata Pemain Sensasi Skuad Harimau Muda Nazmi Faiz

Assalamualaikum & salam sejahtera



Biodata ringkas Nazmi Faiz
Nama penuh : Muhamad Nazmi Faiz Mansor
Tarikh Lahir : 16 August 1994
Negeri Kelahiran : Kuala Lumpur, Malaysia
Umur: 17 Tahun
Tinggi : 1.67 m (5 ft 5 1⁄2 in)
Posisi Permainan : Pemain tengah pertahanan (Holding/ Defensive Midfielder)



*Kredit kepada MrKiralolxya90

Wassalam~

SAFEE SALI Kapten PELITA JAYA

on 12 Oktober 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera


Safee Sali yang merupakan kebanggaan bola sepak Malaysia buat masa kini telah diberi kepercayaan serta penghormatan untuk menjadi kapten pasukan kelabnya iaitu PELITA JAYA. Beliau merupakan anak Malaysia yang pertama sekali dilantik menjadi ketua pasukan professional di luar negara.

Safee dalam ucapannya selepas diumumkan menjadi kapten PELITA JAYA berjanji untuk memikul tanggungjawab dengan baik dan memohon kerjasama dari semua pihak untuknya menyokongnya.

Namun begitu ada kemungkinan pihak pengurusan sengaja melantiknya sebagai kapten bagi mengikat secara tidak langsung untuk terus menabur bakti pada kelab Pelita Jaya dari berpindah ke kelab lain, sekurang-kurangnya hingga ke akhir musim liga bola sepak di Indonesia. 

 Video Safee Sali


Wassalam~

[Video] Australia BELASAH Malaysia

on 08 Oktober 2011

Assalamualaikum & salam sejahtera

Australia vs Malaysia

Berikut adalah sedutan perlawanan persahabatan diantara pasukan Australia menentang pasukan Malaysia yang berkesudahan Malaysia tewas 5 - 0.



Wassalam~

Tun Mahathir Digelar Anti-Semetic Oleh Pihak Yahudi

on 04 Oktober 2011

Assalamualikum & salam sejahtera

Seorang pemimpin yang sukar dicari ganti

Berikut adalah sedutan video temuramah diantara stesen televisyen BBC World dengan seorang bekas pemimpin nombor 1 Malaysia iaitu Tun Dr. Mahadhir Bin Mohamad. Beliau seorang yang lantang menentang pihak Yahudi sehinggakan beliau digelar anti-semitic. Mari sama-sama kita lihat video di bawah:







Wassalam~

Dimanakah 5 Gunung Tertinggi Di Malaysia??...

on 05 April 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Untuk entri kali ini, saya nak cerita pasal gunung-gunung yang tertinggi di Malaysia. Sebenarnya saya bukan nak cerita semua gunung-gunung yang ada di Malaysia, cuma 5 yang tertinggi sahaja. Tahukah anda bahawa kelima-lima gunung tersebut terletak di Timur Malaysia iaitu di kepulauan Borneo? Terdapat 2 negeri yang terletak di situ iaitu negeri Sabah & Sarawak dan 1 wilayah persekutuan iaitu Labuan. Keadaan muka bumi yang berbukit bukau di kepulauan Borneo menyebabkan 2 negeri tersebut mempunyai jumlah gunung yang banyak dan tinggi berbanding gunung-gunung yang ada di Semenanjung Malaysia. 5 buah gunung tersebut ialah Gunung Kinabalu (Sabah), Gunung Trusmadi (Sabah), Gunung Tambuyukon (Sabah), Gunung Murud (Sarawak) dan Gunung Mulu (Sarawak). 


Gunung Kinabalu


Permukaan gunung yang berbatuan
Gunung ini merupakan gunung yang tertinggi di Malaysia dan juga ke-5 tertinggi di Asia Tenggara. Gunung ini yang terletak di Sabah mempunyai ketinggian 4,095 meter dari paras laut. Namun ada yang berpendapat bahawa Gunung Kinabalu adalah yang tertinggi di Asia tenggara sekiranya faktor persempadanan geologi diambil kira. Bagi penduduk Sabah, Gunung Kinabalu adalah menjadi lambang kemegahan bagi mereka dan dapat memberikan semangat bersatu padu rakyat Sabah. Banyak kisah-kisah misteri yang dikaitkan dengan gunung ini antaranya penduduk setempat beranggapan bahawa roh-roh orang yang sudah meninggal dunia akan bersemadi di Gunung Kinabalu.

Gunung Trusmadi

Gunung ini pula adalah yang ke-2 tertinggi di Malaysia dan terletak di Daerah Tambunan, Sabah. Walaupun ketinggiannya hanya 2,642 meter dari paras laut, namun tahap kesukaran pendakian untuk gunung ini adalah lebih sukar berbanding Gunung Kinabalu. Ini kerana gunung ini belum sepenuhnya diterokai dan masih kekurangan kemudahan untuk mendaki. Namun bagi para pendaki, meraka beranggapan bahawa gunung ini menjadi syurga bagi penggemar sukan pendakian kerana gunung ini mempunyai flora & fauna yang menarik dan jarang ditemui di gunung-gunung lain. Gunung Kinabalu dapat dilihat dengan lebih jelas jika berada di puncak Gunung Trusmadi


Gunung Tambuyukon

Gunung Tambuyukon berketinggian 2,579 meter dari paras laut terletak di Sabah. Gunung ini juga seperti Gunung Trusmadi yang terkenal dengan keindahan muka buminya yang asli. Terdapat banyak flora di gunung ini yang sesuai untuk dijadikan bahan perubatan.


Gunung Murud


Gunung yang terletak di Sarawak bumi kenyalang ini merupakan gunung yang tertinggi di Sarawak dan yang ke-3 di Malaysia. Ketinggian Gunung ini adalah 2,438 meter dari paras laut. Gunung ini mempunyai keindahan alam semula jadi yang menarik. Pendakian pertama yang telah direkodkan untuk gunung ini adalah oleh peneroka dari Sweden yang juga merupakan pakar alam sekitar iaitu Dr. Eric Mjoberg pada tahun 1922. Beliau kemudiannya menjadi penyelia muzium Sarawak pada masa itu.


Gunung Mulu



Keunikan Gunung Mulu
Gunung ini merupakan gunung ke-5 tertinggi di Malaysia selepas Gunung Murud iaitu berketinggian 2,371 dari paras laut. Gunung ini terletak di bahagian Miri dan Limbang, Negeri Sarawak. Gunung ini berdekatan dengan Gunung Api dan Gunung Benarat dengan masing-masingnya berketinggian 1,750 dan 1,585 dari paras laut. Gunung ini berada di Taman Negara Mulu yang terkenal dengan gua-guanya yang menarik. Salah satunya ialah Gua Rusa yang merupakan gua terbesar di dunia. Untuk pendakian pula, Gunung Mulu mempunyai tahap kesukaran pendakian yang tinggi. Oleh itu, peralatan pendakian yang lengkap adalah amat diperlukan.

Itulah dia 5 buah gunung yang tertinggi di Malaysia. Sememangnya kita bertuah kerana hidup di Negara yang kaya dengan keindahan alam semula jadi. Negara kita yang mempunyai flora & fauna yang pelbagai spesis dan jarang ditemui di tempat-tempat lain. Setiap ciptaanNya mempunyai fungsi yang berbeza. 

Firman Allah yang bermaksud: 
Dan Kami telah menjadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu (tidak) guncang bersama mereka, dan telah kami jadikan pula di bumi ini jalan-jalan yang lurus agar mereka mendapat petunjuk. (Surat al-Anbiya: 32)

Renung-renungkanlah dan selamat di dunia & akhirat... hehe..^^
Wassalam~
 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved