Tampilkan postingan dengan label 2012. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label 2012. Tampilkan semua postingan

DITUDUH PUNCA AARON AZIZ CEDERA | SYAMSUL TOLAK

on 10 Januari 2012

Syamsul Tolak Tuduhan Jadi Punca Kecederaan Aaron Aziz Dalam Babak Stunt Filem KL Gangster 2


Assalamualaikum & salam sejahtera

KL Gangster 2
PETALING JAYA: Pengarah filem KL Gangster 2 Syamsul Yusof menolak dakwaan mengatakan keterujaannya untuk mendapatkan impak luar biasa pada babak-babak aksi filem terbarunya itu telah mengakibatkan pelakon Aaron Aziz mendapat kecederaan di lokasi penggambaran filem itu malam Isnin.

Sebaliknya, Syamsul berkata sebagai seorang pengarah yang berpengalaman dalam pembikinan filem aksi, dia sentiasa mengutamakan aspek keselamatan para pelakon dan krew.

"Saya tidak pernah minta pelakon melakonkan aksi yang keterlaluan dan berbahaya. Sebagai pengarah, sudah tentu saya begitu menitikberatkan aspek keselamatan para pelakon dan krew ketika di lokasi penggambaran.

"Bagaimanapun insiden kecederaan yang menimpa Aaron Aziz itu tidaklah seteruk seperti yang digembar-gemburkan. Saya mendapat tahu dia cedera pada malam semalam (Isnin) dan akan berjumpa dengannya di lokasi sebentar lagi," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Selasa.

KL Gangster 2

Syamsul berkata insiden tersebut disebabkan oleh keinginan para pelakon yang terlalu komited dan bersungguh-sungguh untuk melakonkan babak-babak aksi sehingga sanggup berhadapan dengan risiko kecederaan.

"Sebelum merakamkan babak aksi, kita melakukan latihan mengikut skrip yang dipersetujui bersama.

"Para pelakon sendiri begitu teruja untuk memberikan aksi lakonan yang ekstra. Namun, aspek keselamatan tetap jadi keutamaan," katanya.

 
Derma [LIKE] Anda! TQ~


Diminta mengulas tentang babak yang mengakibatkan kecederaan pada pelakon kacak itu, Syamsul berkata ketika penggambaran adegan pergaduhan di antara watak Malik lakonan Aaron Aziz dan Tailong (Rosyam Nor) berlangsung, tiada sebarang insiden buruk yang terjadi di lokasi.

KL Gangster 2

"Kalau mengikut perancangan, Malik bergaduh dengan Tailong daripada dalam kelab sehingga ke jalan raya. Mereka akan bergaduh di atas bumbung kereta dan Malik jatuh berguling lantas dilanggar kereta.

"Bagaimanapun, Aaron mahu memberikan lebih impak, di mana dia memutuskan untuk berlari dan menghempaskan diri ke arah kereta yang sedang bergerak. Semuanya dalam keadaan baik ketika di lokasi dan saya terkejut apabila diberitahu Aaron ditahan di hospital selepas selesai penggambaran itu.

"Namun, saya bersyukur ia bukan kecederaan serius kerana Aaron sudah keluar dari hospital dan kembali ke lokasi pada hari ini," katanya.
Filem KL Gangster 2 yang merupakan “prekuel” kepada filem pecah panggung KL Gangster (2011) adalah arahan dan lakonan yang ketujuh Syamsul Yusof.
Filem yang menjalani penggambaran selama 50 hari ini sudah 80 peratus siap dirakam.

Wassalam~

SUMBER: mStar

KEMPEN TANPA SELUAR | IMPROV EVERYWHERE

Improv Everywhere Anjur Kempen Tanpa Seluar Panjang Di Stesen Kereta Api | Pelik Tapi Benar

Assalamualaikum & salam sejahtera

Seorang Lelaki Yang Merasa Pelik

Sebelum ini saya tidak pernah mendengar ada aktiviti seperti ini dilakukan di mana-mana tempat seluruh dunia. Rupanya di barat, ada satu kempen yang mereka sebut kempen "No Pants Subway Ride". Dalam kempen ini semua orang yang menaiki kereta api diminta membuka seluar panjang mereka dan hanya memakai seluar dalam dan berbaju lengkap. Apakah motif kempen ini? Pelik..



Kempen ini bukan sahaja dilakukan di New York malah juga di beberapa tempat lain termasuk 59 bandar di 27 buah negara. Para peserta berangkat dari rumah dengan pakaian lengkap. Namun begitu sampai di stesen kereta api bawah tanah, masing-masing akan membuka seluar panjang. Pakaian yang mereka kenakan hanya kemeja, blus, atau kaus yang dilengkapi jaket, dan seluar dalam dalam perbagai model.

Kegiatan ini dimulakan pada tahun 2001 di New York dengan peserta hanya tujuh orang. Setelah 11 tahun berjalan, hampir semua kota besar di Amerika dan dunia mengikutinya. Tahun ini kegiatan ini diikuti orang-orang di New York, Washington DC, Los Angeles, Mexico City, Toronto, London, Madrid, dan banyak kota lain di dunia.

Namun tidak semua tempat menerima kempen tersebut. Peserta Hari Tanpa Seluar Panjang di stesen di Madrid mendapat sedikit tentangan. Polis menghalang mereka di pintu masuk stesen.

Improv Everywhere menjemput orang untuk mengikuti kegiatan itu melalui Facebook dan lebih dari 16.000 orang dari seluruh dunia mendaftar. Tujuan kegiatan ini, menurut Improv Everywhere, adalah memberi kejutan dan menghibur penumpang kereta.

Dalam undangan itu disebutkan bahawa mereka mesti bersikap seperti biasa semasa menaiki kereta api, misalnya berborak, membaca, atau mendengarkan muzik melalui gadget.

Namun tidak semua orang melihat dari sudut lucu perbuatan tersebut. Salah satunya Alicia Lopez, penumpang kereta api di Mexico City. Di bandar itu sekitar 700 orang mengikuti kempen tersebut. "Saya menganggap orang tanpa seluar panjang, tanpa rok, adalah separuh bogel. Dan saya tidak suka," katanya.

"Saya tidak tahu tuntutan mereka. Saya tidak tahu apa yang mereka cari tetapi saya fikir ada cara lain untuk melakukannya," ujar Lopez yang menganggap aksi itu sebagai bentuk demonstrasi.

Menurut Dan Becherano dari Improv Everywhere, selain untuk menghibur, mereka juga ingin melihat reaksi orang. "Tujuan aksi massa ini adalah untuk menunjukkan bahawa kami boleh bersama-sama tanpa perlu mengenal satu sama lain dan bekerja sebagai pasukan tanpa perlu bertemu sebelumnya," katanya.


P/s: Malaysia baru buat Kempen Hari Tanpa Beg Plastik, tapi orang barat Amerika dah buat Kempen Hari Tanpa Seluar. Hahaha. Harap Malaysia jangan terikut-ikut.


Wassalam~


 
CLICK ME !



SEMAKAN KEPUTUSAN PENEMPATAN PEGAWAI PERKIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH | PPPS 2012

Semakan Keputusan Penempatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS)

Assalamualaikum & salam sejahtera

Keputusan penempatan pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah (PPPS) sudah boleh disemak mulai hari ini. Untuk menyemak keputusan permohonan, anda boleh lawati lawan web di bawah:



SEMAKAN KEPUTUSAN PPPS 2012


PERHATIAN PENTING !
TAWARAN PENEMPATAN INI AKAN TERBATAL DENGAN SENDIRINYA JIKA CALON YANG DISENARAIKAN, GAGAL TEMUDUGA DAN ATAU TIDAK DIPERAKUKAN OLEH SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN

KEPUTUSAN PENEMPATAN INI ADALAH MUKTAMAD DAN PIHAK KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TIDAK AKAN MENIMBANG SEBARANG RAYUAN BERHUBUNG KEPUTUSAN INI.

Wassalam~


 
Derma [LIKE] Anda!

KALENDAR MUET DAN PEPERIKSAAN STPM 2012

Kalendar Peperiksaan STPM dan Malaysian University English Test (MUET) 2012

Assalamualaikum & salam sejahtera

Malaysian University English Test 2012
Mulai tahun 2012, MUET akan dijalankan sebanyak tiga kali, iaitu pada sesi Mac, sesi Julai, dan sesi November. Tarikh buka dan tutup pendaftaran serta tarikh ujian boleh didapati pada Kalendar Peperiksaan STPM dan MUET Tahun 2012 seperti di bawah.

Kalendar Peperiksaan MUET 2012


*Klik untuk besarkan gambar

Klik sini untuk pendaftaran secara online:



Wassalam~



 
Derma [LIKE] Anda!

RAJA LAWAK MUSIM KE-6 | SENARAI PESERTA DAN BIODATA

on 07 Januari 2012

SENARAI PESERTA DALAM PROGRAM RAJA LAWAK MUSIM KE-6 TAHUN 2012. BIODATA DAN GAMBAR PESERTA DAN CARTA ORGANISASI RAJA LAWAK MUSIM KE-6

Assalamualaikum & salam sejahtera

Raja Lawak Musim Ke-6

Kini program RAJA LAWAK musim ke-6 telah tiba dan akan memulakan gelanggangnya pada 13hb Januari 2012. Pelbagai pembaharuan mengenai format pertandingan telah dilakukan untuk musim kali ini untuk memperbaiki konsep pertandingan terdahulu. Kali ini antara 'SIFU' yang akan ditugaskan untuk mendidik dan memberi tunjuk ajar kepada peserta RAJA LAWAK terdiri daripada:

CIF BESAR: Ahmad Idham
CIF KECIL: Pak Yus, Taukeh, dan Angah

CIF BESAR & CIF-CIF KECIL


Untuk RAJA LAWAK kali ini, ada 12 peserta yang akan bertanding dari minggu pertama hingga minggu kesepuluh. 11 daripadanya ialah peserta berkumpulan dan hanya 1 sahaja peserta individu (Solo). Berikut merupakan peserta yang akan bertanding:


1). 2YOL
2). ALBOB
3). CUIT
4). GMAN
5). KETUPAT
6). KING
7). KODAN
8). RIKI
9). SELAK
10). SHIRO
11). SKEMA
12). ZERO

Untuk mengetahui Profil & Biodata Pelawak, klik pada nama-nama di atas.

 
Profil & Biodata Peserta:

Profil Pengacara:











 
Klik [LIKE] Kalau anda rasa Blog ini LAJU!




Wassalam~


Kemeriahan Sambutan Tahun Baru 2012

on 31 Desember 2011

Gambar Sambutan Tahun Baru 2012

Assalamualaikum & salam sejahtera

Sambutan Tahun Baru 2012

Pasti kemeriahan sambutan tahun baru 2012 yang akan membuka tirai pada detik 12 tengah malam akan memuncak apabila kedengaran dentuman bunyi mercun serta bunga api di segenap kawasan tidak kira di bandar ataupun kampung. Misalnya di kawasan bandar sudah pasti ramai yang menunggu detik 12 malam untuk melihat keindahan bunga api yang dipasang untuk mengira detik tibanya tahun 2012.

Sambutan tahun baru 2012

Namun disebalik sambutan tahun baru 2012 yang akan menjelang tiba pada pukul 12 malam nanti, pihak polis sudah menyusun strategi untuk mengelakkan jenayah berleluasa sempena sambutan tahun baru ini. Terdapat anggota pihak berkuasa yang terpaksa bekerja lebih masa demi menjaga ketenteraman negara untuk mengelakkan perkara seperti lumba haram, pesta seks dan sebagainya berleluasa. Kepada yang keluar ke bandar untuk menyambut perayaan tahun baru, berhati-hatilah terutama semasa memandu. Pastinya jalan-jalan di sekitar bandar akan sesak dipenuhi kenderaan. Akhir kata dari saya, selamat menyambut tahun baru 2012. Semoga dengan kehadiran tahun 2012 maka azam kita yang dulu akan tercapai dan kita cuba untuk perbaiki diri di masa akan datang. InsyaAllah~

Ucapan Ikhlas dari Owner Blog CKK

Wassalam~

Semakan Keputusan Kemasukan Matrikulasi Sesi 2012/2013

Semakan Kemasukan Matrikulasi 2012 Kementerian Pelajaran Malaysia untuk Sesi 2012/2013. Layak Atau tidak?

Assalamualaikum & salam sejahtera

Semakan keputusan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2012/2013

Keputusan permohonan untuk mengikuti program Matrikulasi kendalian Kementerian Pelajaran Malaysia masih belum dikeluarkan oleh pihak kementerian pelajaran Malaysia. Dijangkakan keputusan untuk mengikuti program matrikulasi kendalian Kementerian pelajaran Malaysia akan dikeluarkan pada penghujung bulan April 2012. Permohonan ini yang dibuka kepada pelajar lepasan SPM 2011 sudah dibuka sejak pertengahan tahun 2011 lagi. Antara program yang ditawarkan ialah Sains Fizikal, Sains hayat dan Perakaunan. Namun begitu, pihak kementerian telah mewujudkan satu kursus baru iaitu Program Matrikulasi aliran teknikal yang menawarkan mata pelajaran matematik, kimia kejuruteraan, fizik kejuruteraan dan Pengajian Kejuruteraan Awam/Mekanikal/Elektrik & Elektronik. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, KLIK SINI.



*Semakan boleh dibuat bermula 25 April 2012

Selamat membuat Semakan Kemasukan Matrikulasi 2012 untuk pelajar lepasan SPM 2011.

Cara Memohon Baucar Buku RM200

on 17 Desember 2011

Cara memohon Baucar buku RM200 untuk pelajar IPTA, IPTS, POLITEKNIK dan Tingkatan 6.

Assalamualaikum & salam sejahtera

Bagaimana memohon Baucar Buku RM200
Maklumat berikut diambil dari Facebook Menteri Pengajian Tinggi Malaysia (Klik SINI).
Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melalui IPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulan Januari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.
Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, berserta Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Matrik / Nombor Pendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan pada setiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.
Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.
Buku yang boleh dibeli menggunakan baucar RM200:
  • Buku akademik
  • Jurnal
  • Majalah Ilmiah
  • Peralatan pembelajaran
Tempoh sah baucar ialah selama tiga bulan bermula daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012
Peringatan: Pelajar tidak dibenarkan menebus baucar dengan wang tunai
Wassalam~

Cara BERKESAN Tingkatkan PageRank Google Anda

on 14 Desember 2011

Teknik meningkatkan Google PageRank blog.
Assalamulaikum & salam sejahtera
GOOGLE PageRank

MAKLUMAT LANJUT
    Tidak lama lagi, blog korang pasti akan meletop dan dibanjiri kedatangan pelawat tidak disangka-sangka dan terus akan menaikkan pagerank google korang dengan begitu mudah dan pantas tanpa disedari. Hanya DOWNLOAD SCRIPT DISINI (Password: jomkongsistory.com) untuk mendapatkan pagerank yang TINGGI.

    Pegerank adalah aspek penting yang akan menentukan sesuatu blog itu mudah diindek oleh agen pencarian seperti google.com. Sekiranya blog korang mempunyai pagerank yang tinggi maka blog korang akan mudah berada di page pertama dalam pencarian google sesuatu perkataan. Jika perkara tersebut terjadi, blog korang akan mendapat trafik yang tinggi tanpa perlu bersusah payah untuk promote sesuatu entri itu. 
    Berikut ialah tips/cara Cepat Update PageRank Google iaitu dengan cara penyebaran link menggunakan sistem berangkai (bukan surat berangkai tau.. hehe). Untuk tips kali ini korang tak perlu buat benda susah-susah. Teknik ini cukup mudah dan berkesan. Teknik yang digunakan adalah dengan menyebarkan BACKLINK korang ke blog-blog lain yang menggunakan cara ini.
MAKLUMAT TAMBAHAN
Jika korang dapat mengajak blogger lain untuk menyertai program ini, maka jumlah backlink yang akan di dapat adalah seperti :

Ketika PageRank korang nombor 1, jumlah backlink = 1
PageRank 2, jumlah backlink = 5
PageRank 3, jumlah backlink = 25
PageRank 4, jumlah backlink = 125
PageRank 5, jumlah backlink = 625
PageRank 6, jumlah backlink = 3,125
PageRank 7, jumlah backlink = 15,625
PageRank 8, jumlah backlink = 78,125
PageRank 9, jumlah backlink = 390,625
PageRank 10, jumlah backlink = 1,953,125

Dan semuanya menggunakan kata kunci yang kamu inginkan. Dari sisi SEO korang sudah mendapatkan 1,953,125 backlink dan efek sampingan jika pengunjung laman web lain menekan link korang, ia juga membuat blog korang mendapatkan traffik tambahan.
CARA MELAKUKANNYA
1) Buka File SCRIPT yang sudah siap dimuat turun
atau 
Copy code di bawah:




Paste dalam NOTEPAD atau Microsoft Word

2) Buka file SCRIPT, jangan risau tiada Virus didalamnya. Conform! atau sekiranya korang copy code di atas skip langkah ini.
3) Cari perkataan "MASUKKAN LINK BLOG" dan ubah kepada link blog korang
4) Cari perkataan "TAJUK BLOG" dan ubah kepada tajuk blog korang
5) kemudian buat satu entri baru dalam blog korang.
6) Letak tajuk yang menarik supaya blogger lain akan tertarik untuk sertai.
7) Semasa korang buat entri baru tu, korang klik HTML sebelah butang COMPOSE
8) Paste code pada file SCRIPT pada ruangan HTML
9) Tekan butang COMPOSE kembali dan korang akan nampak entri seperti entri ini
10) Post Entri tersebut dan PROMOTE kepada blogger-blogger lain seramai yang mungkin
11) Korang akan dapat lihat PageRank Google anda akan bertambah dan Trafik anda juga akan bertambah.

*Jika tidak jelas boleh lihat TUTORIAL BERGAMBAR di SINI
BERIKUT ADALAH CONTOH LINK YANG KORANG PERLU BUAT
DOWNLOAD SCRIPT
APA KORANG PERLU BUAT?
>>DOWNLOAD DISINI SCRIPT UNTUK MEMUDAHKAN KERJA<<
Password untuk download: Jomkongsistory.com 


SCRIPT TERSEBUT COPY AND PASTE DI COMPOSE BLOG KORANG.


Kredit kepada blog ini

~SELAMAT MENCUBA~

~WASSALAM~

Shaheizy Sam Ingin Mengarah Filem !

Shaheizy Sam mencuba bakat mengarahkan filem

Assalamualaikum & salam sejahtera


KUALA LUMPUR: Pelakon Shaheizy Sam (Sam), 29, berkata keputusannya untuk berehat panjang daripada menerima sebarang tawaran berlakon pada waktu ini adalah sebagai persiapan untuk dia mengarahkan filem sulungnya yang dijangka bermula pada Februari tahun depan.

Sam berkata selepas hampir dua tahun bekerja-keras memenuhi pelbagai tawaran berlakon filem secara berterusan, dia memilih untuk berehat selama beberapa bulan sejak Aidilfitri lalu bagi menumpukan perhatian pada urusan pra-produksi filem yang bakal diterbitkan syarikat produksi keluarganya itu.
“Hampir dua tahun saya bekerja-keras dalam pelbagai filem tanpa henti. Akhirnya saya dapat berehat panjang daripada sebarang penggambaran sejak Hari Raya lalu.

“Namun, ia tidak bermakna saya pergi bercuti ke mana-mana, cuma lebih banyak masa dapat dihabiskan bersama keluarga di rumah.

"Jadual saya tetap terisi dengan kerja-kerja memasukkan suara untuk filem-filem lakonan saya, sesi fotografi dan promosi filem,” katanya.

Ditanya tentang filem yang bakal diarahnya itu, Sam berkata sifat semula jadi dia yang pendiam dan suka memerhati menjadi pendorong untuk menggalas tanggungjawab berat tersebut.

“Sebenarnya sudah lama saya merancang untuk meluaskan kebolehan dalam bidang pengarahan.

"Pengalaman dan pengamatan saya pada dunia lakonan tanah air selama hampir 20 tahun memberi keyakinan untuk menyahut cabaran ini.

“Buat masa ini saya belum boleh berkongsi lebih lanjut tentang filem yang akan saya arahkan itu, cuma ia sebuah filem aksi,” kata pemenang trofi Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-24 ini.

Dalam pada itu, Sam akan muncul dalam filem terbaru Songlap di samping Syafie Naswip dan Sara Ali yang memulakan tayangan umum pada 15 Disember ini.
Pada 2012, pelakon popular ini juga muncul dalam filem sekuel Adnan Semp-it 2 arahan Ismail Bob Hasim dan 8 Jam (Ahmad Idham).

Wassalam~

Sinopsis Filem BUJANG TERLAJAK BELUM TERLANJUR Tidak Persenda OKU

on 13 Desember 2011

Sinopsis dan trailer filem Bujang Terlajak Belum Terlanjur 2012, bukan tujuan menyinggung perasaan orang-orang kurang upaya, OKU.

Assalamualaikum & salam sejahtera
Pengarah filem Bujang Terlajak Belum Terlanjur, Prof. Madya A. Razak Mohaideen menolak pendapat pihak yang mengatakan filem arahannya itu bertujuan untuk mempersendakan orang yang kurang upaya sebaliknya untuk menceritakan 3 orang pemuda yang sanggup menyamar sebagai orang yang kurang upaya hanya untuk memikat hati seorang gadis pujaan mereka. Dalam filem Bujang Terlajak ini watak utamanya ialah Johan maharaja lawak, Nabil maharaja lawak, Saiful Apek dan Fazura. Filem bujang terlajak akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 19 Januari tahun hadapan.

Bujang terlajak belum terlanjur

Sinopsis Filem Bujang Terlajak:
Bujang Terlajak mengisahkan mengenai 3 rakan karib iaitu Saiful, Nabil dan Johan yang jatuh cinta dan bersaing antara satu sama lain untuk merebut perhatian seorang gadis bernama Puteri (Fazura). Mereka bertiga adalah ahli silap mata profesional. Ketika membuat rakaman penggambaran sebuah iklan, mereka tertarik dengan Puteri yang menjadi model untuk iklan itu.Tiga sekawan ini mengekori Puteri sehingga mereka mengetahui yang Puteri adalah seorang guru tadika dan juga model sambilan.


Bagi mengenali Puteri dengan lebih rapat, Saiful mencungkil rahsia untuk menambat hati Puteri daripada ayah Puteri yang buta, Haji Hashim (Mustapha Kamal). Dia diberitahu Puteri ingin berkahwin dengan seorang yang kurang upaya kerana Puteri percaya bahawa dia akan mendapat cinta sejati seperti yang dialami oleh ibunya. Oleh itu ketiga-tiga mereka mula menyamar dengan niat untuk memenangi hati Puteri. Pelbagai helah mereka gunakan untuk meraih kasih Puteri termasuk menggagalkan rancangan antara satu sama lain.



Trailer Filem Bujang Terlajak Belum Terlanjur:




Wassalam~
 
© JOMKONGSISTORY.COM All Rights Reserved